" RIDE FOR UNITY "

The KB-Maxiscooters are going from strength to strength. We now have over 40 members from all walks of life, male and female, young and not so young and an interesting array of scooters, from the 250cc Yamaha Majesty, Kymco, SYM and Suzuki, right up to the very high power autos.
Most weekends of the year there are ride outs, however during the school Holidays, long distance trips are being organised.
So, if you're healthy and active and want a trip down memory lane to see scooters that you used to ride, or are just thinking of returning to the scooter scene, we are more than happy to take you on board

MAXISCOOTER POLICY




- SAFEGUARDS MAXI SCOOTER MEMBERS FROM THE RISK OF INJURY

- COMPLYING TO ALL TRAFFIC RULES AND REGULATIONS

- ESTABLISHING HIGH STANDARD OF ROAD COURTESY BY ALL MEMBERS OF MAXISCOOTER

- AVOID OR MINIMISE DAMAGES TO BIKES AND SCOOTERS, GOVERNMENT AND PEOPLES PROPERTIES

COMMITTEE MEMBERS




PRESIDENT : A RAHMAN WAHAB
E Mail : rahman.wahab@gmail.com

DEPUTY PRESIDENT : JURI JAIS
E Mail : juri.jais@shell.com

SECRETARY : MOHAMAD RUZAIN

E Mail : tmax6056@hotmail.com

ASSISTANT SECRETARY : JESWANT
E Mail : jes1996@gmail.com

TREASURER : ARIFEN MD JANAH
E Mail : arifen.md-janah@shell.com

ASSISTANT TREASURER : PG YUSSOF PG SABTU

E Mail : yussof.sabtu@gmail.com

SAFETY OFFICER : AHMAD HJ YUSOF
E Mail : ahmad@adinin.com


Activities Calendar 2012

March



2nd Brunei Bike Week



2nd March - 4th March





April



Mukah Kaul Ride




27th April - 29th April



June



KEMAS Anniversary Ride



12th June - 17th June



- KB - Ranau - Tawau - KK - KB












Marshalls

Marshalls

Thursday, June 18, 2009

Doa Kesyukuran Sempena Penubuhan Kelab

Doa Kesyukuran Sempena Penubuhan Kelab Maxi Skuter
KUALA BELAIT, Jumaat, 12 Jun. - Hari ini genap setahun Kelab Maxi Skuter Kuala Belait mendapat kelulusan penubuhannya. Sehubungan itu lewat petang tadi kelab berkenaan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena penubuhan kelab tersebut
.



TAHNIAH...salah seorang ahli kelab menerima kad keahlian yang disampaikan oleh Yang Di-Pertua Kelab, Abd. Rahman Haji Wahab.








Yang Di-Pertua kelab, Awang Abd. Rahman bin Haji Wahab dalam ucapannya di majlis itu berkata kejayaan ekonomi sekarang bergantung kepada kebolehan masyarakat untuk mencipta kemakmuran menerusi penggunaan ilmu pengetahuan, mencipta idea dan ilmu pengetahuan baru.
Oleh itu beliau berharap ahli kelab supaya bersikap positif yang akan memberi cabaran dan juga peluang untuk mempertahankan kelab kerana ia menjadi faktor kritikal dalam menentukan ketahanan kelab menghadapi cabaran di masa akan datang.
Beliau menambah cabaran besar yang dihadapi kelab adalah memilih ahli yang berkebolehan untuk memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa yang dijadualkan berlangsung pada Jun 2010 untuk mengetuai kelab yang setentunya menghadapi banyak cabaran antaranya mempertahankan dan memperkembangkan kelab.
Dari itu beliau meminta semua ahli supaya bekerjasama demi menghadapi perubahan dan berani menerima perubahan.
"Kelab dan ahli yang tidak mahu berubah atau enggan untuk berubah akan tertinggal dan tidak dapat berfungsi menjadi penyumbang yang positif dan ini akan menjejaskan nama baik kelab," ujar beliau di majlis yang diadakan di Kompleks Sukan Mumong di sini.
Ke arah itu katanya memerlukan pengetahuan dan kemahiran, dari itu menjadi tanggungjawab ahli untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan serta bersikap positif, proaktif dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Beliau berharap semua ahli supaya akan dapat memulakan perubahan untuk menerima tanggungjawab untuk terus berusaha mempertahankan dan memperkembangkan kelab, di samping memberikan komitmen dan meluangkan masa bagi menghadiri setiap kali mesyuarat diadakan.
"Kita mesti mengamalkan dan mendukung moto 'Ride for Unity' dan berusaha menuju ke arah melahirkan generasi yang aktif dan positif dan seterusnya menjadi contoh kepada keluarga, sahabat, kelab motor dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam," tegas beliau
.







AHLI Kelab Maxi Skuter Kuala Belait bergambar ramai sempena genap setahun penubuhan kelab berkenaan.




Kumpulan Maxi Skuter mula ditubuhkan pada 1 Oktober 2006 yang dianggotai 15 orang dan dalam masa lapan bulan anggotanya meningkat lebih 30 orang. Pada 27 Mac 2008, ahli jawatankuasa kumpulan tersebut telah membuat permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan dengan nama 'Kelab Maxi Scooter' (KEMAS) dan penubuhannya diluluskan pada 12 Jun tahun lepas.
Jumlah keramaian ahli hingga kini melebihi 40 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan, sektor swasta dan pekerja-pekerja yang sudah bersara. Ahli kelab tersebut melaksanakan berbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial, seperti memberi bantuan kepada orang susah dan menderma kepada tabung kebajikan. Kelab berkenaan juga telah menjelajah ke beberapa tempat di negara-negara jiran terdekat bagi menimba pengalaman.
Antara syarat yang dikehendaki bagi menjadi ahli kelab terbuka kepada mereka yang bermastautin di Daerah Belait, mempunyai skuter yang berkuasa tinggi 200 CC ke atas, mempunyai lesen memandu yang sah dan membayar yuran keahlian sebanyak BND10.00 dan yuran bulanan sebanyak BND2.00. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelab tersebut boleh melayari laman web kelab berkenaan:
www.kb-maxiscooters.blogspot.com.

Wednesday, June 17, 2009

Maxiscooters @ Miri Bikers Family Day




Bhapa tu? lain mcm cja....




Gay?











Bedak kah tepong?










Mumy the return...



















Kancang jua mua atu wang....